EN / BM

Falsafah Korporat

Falsafah Korporat

PURPOSE

HALA TUJU

Menjana perubahan dalam kehidupan seharian dengan mewujudkan amalan yang lebih baik :ReDesign

BELIEFS

PRINSIP

Prinsip merupakan garis panduan untuk semua yang kami lakukan – cara pemikiran, kelakuan dan keputusan kami – dalam usaha untuk melaksanakan hala tuju kami dalam dunia yang penuh dengan kepelbagaian. Berpandukan prinsip ini, kami di Lion sentiasa berusaha untuk mencari cara yang terbaik untuk kehidupan seharian, membawa semangat yang tinggi serta profesionalisme dalam cara kerja kami.



Pelanggan Menentukan Nilai



Percaya pada diri dan kekal proaktif

Ada nilai tertentu dengan menjadi “normal” atau “biasa”. Perasaan, rasa dan fikiran kita yang normal ini sebenarnya memberi kesan mendalam dalam kehidupan seharian. Dengarkan kata hati, ambil inisiatif dan maju ke hadapan dengan penuh semangat dan keyakinan. Apabila kesungguhan seseorang terhadap sesuatu idea turut dikongsi oleh orang lain – maka terciptalah suatu amalan yang baharu. Hidup ini terlampau singkat untuk hanya menurut apa yang dikehendaki oleh orang lain. Lion menghargai budaya yang meraikan usaha dan pada masa yang sama bertoleransi terhadap kegagalan.

Tutup



Kepantasan membawa perbezaan

Amalan yang baik dapat menyokong kesihatan fizikal dan mental, oleh itu ia perlu dikongsikan secepat mungkin. Kami akan menyelesaikan masalah dengan sebaik mungkin dan mencari solusi berkualiti dalam masa yang singkat. Jangan terburu-buru, sebaliknya persoalkan kebiasaan dan cari alternatif terbaik untuk terus maju ke hadapan. Elakkan dari terlampau terikat dengan perancangan, terus mencuba, lakukan semakan dan perubahan agar mendapat jawapan serta solusi yang diinginkan. Seorang profesional bukan sahaja melaksanakan tugas dengan baik, ia juga perlu disiapkan dengan pantas. Dalam keadaan yang sentiasa berubah, kami di Lion percaya bahawa kelewatan akan menghalang usaha menjana perubahan.

Tutup



Berinteraksi dan terinspirasi untuk mencipta

Tiada elemen yang dapat bertindak balas dengan diri sendiri untuk menghasilkan sesuatu yang baru. Begitu jua dengan manusia. Pencapaian sebenar terjadi bila individu dengan “elemen” yang berlainan – kemahiran, pengetahuan, perspektif- bergabung bersama dengan satu matlamat. Di Lion, kami sentiasa terbuka untuk mengadakan perbincangan, tidak mengira pangkat atau umur, jabatan atau negara dan aktif bekerjasama dengan rakan luar untuk membentuk solusi yang lebih kreatif.

Tutup



Perubahan memacu ke hadapan

Dunia berubah dengan pantas. Apabila masyarakat, gaya hidup dan teknologi berubah dalam sekelip mata, kemunculan pesaing baru boleh mengubah landskap pasaran pada bila-bila masa sahaja. Dalam suasana yang tidak menentu, kita perlu sentiasa memikirkan pelbagai senario yang mungkin berlaku serta bertindak secara fleksibel. Perubahan merupakan sesuatu yang menakutkan, tetapi pada masa yang sama ia juga boleh menjadi suatu cabaran yang menyeronokkan. Persekitaran yang berubah memberi peluang untuk terus berkembang. Sejak ditubuhkan, kami sentiasa berusaha untuk mengukir laluan baru dalam menempuh cabaran. Keberanian untuk berubah telah berjaya memacu perkembangan Lion.

Tutup

DNA

Sejak penubuhan Lion, DNA kami merupakan asas kepada setiap yang kami lakukan

Memenuhi semangat kasih sayang


Slogan Korporat

Slogan korporat “life.love” merupakan ekspresi mudah falsafah korporat kami. la menunjukkan tekad kami untuk memupuk kash sayang dan terus menyumbang dalam kehidupan seharian yang penuh bermakna untuk setiap insan.

Kita telah melihat bagaimana hari-hari yang biasa akhirnya akan menjadi seluruh kehidupan kita. Tambahan pula, setiap hari yang baharu merupakan langkah ke arah masa depan yang lebih cerah. Lalui setiap hari secara positif dan sebaik mungkin kerana in merupakan intipati kebahagiaan. Slogan korporat kami, “life.love” memberi kita motivasi untuk mengharung hari ini dan hari mendatang dengan penuh semangat. Untuk mencapai masa depan yang cerah, kita perlu melalui setiap detik hari ini dengan positit dan penuh hati-hati. Ini menjadi misi utama kami di Lion, menyumbang kepada kehidupan seharian melalui amalan yang lebih baik di samping menyumbang kepada masyarakat yang lestari.